"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada
pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia...."
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi, faktor utama yang
menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit
ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama
sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang
disebabkan oleh toksin tersebut.
Apakah Toksin?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah
pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa
seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang
mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan
sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah
sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan
sebagainya.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90%
punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi
tubuh, apabila seseorang itu sakit, sistem badan akan berusaha untuk
menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang
fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan cuba
disingkirkan oleh sistem pertahanan tubuh badan sebelum toksin-toksin
ini merebak ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya!!
Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging,
makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan
goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor
yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan
yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan
perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain. Jika badan
terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan
meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin
tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan
terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara
penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-
Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui
kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan
penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul
dipelbagai tisu badan.
Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri
sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan,
Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi
demam.
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan
kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih
kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran
yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara
tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah
tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha
membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang
menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
Penyakit-penyakit lain?
Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah,
Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah
Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.
whoa!! Bahaya rupanya toksin ni yer..?!
Oleh itu, langkah awal untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan
menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang
penyakit dengan ubat sahaja.